Denial versi aKu!

Aku dan Sam sudah lama kenal
Sejak dari sekolah rendah lagi
Aku sudah masak dengan perangai dia
Entah kenapa hal ini, Sam seolah-oleh bukan Sam aku kenali dulu
Kenapa perlu dia berselindung dengan aku?
Adalah dia menganggap aku sebagai seorang teman sekadar teman?
Tolong la…selama ni kita ibarat adik beradik
Tak salah kalau kau mahu kahwin dengan anak dara umur 18 tahun sekali pun
Tidak salah
Tak ada hukum di dunia ni mengatakan salah !
(kecuali la budak tu tak baligh lagi..hahaha !)
Sambung balik…
Kalau itu yang boleh membuat kau bahagia, aku akan sokong kau
Kalau kau mahu aku pergi meminang perempuan itu pun aku sanggup
Mana tau ada jodoh aku sekali kat situ…boleh kita jadi sedara..hahaha
Yang paling penting sekali
Anak-anak kau
Jangan la kau abaikan mereka
Sesungguhnya kebahagiaan kau adalah bahagia untuk mereka
Walaupun aku tak ada anak selainkan anak tekak, aku selalu menganggap mereka seperti anak kandung aku sendiri
Kesedihan diorang turut aku rasakan
Sejak ketiadaan ibu diorang yang juga isteri kau
Akulah tempat mereka mengadu
Kau ke mana?
Berpoya-poya dengan perempuan
Tergedik sana tergedik sini
Naik semua bulu-bulu yang aku ada melihat kau
Cis! Aku yang kacak ni pun tiada yang sudi
Inikan pula muka tak kacak macam kau
Kalau kau pakai ilmu, turunkan la kat aku sikit
(penuh dengan rasa cemburu…hahaha!)
Aku ingat lagi kata-kata kau semasa kita muda remaja dulu
‘jika aku berkeluarga nanti…akan ku beri kebahagiaan kepada mereka supaya tidak menerima nasib seperti aku’
Mana kata-kata yang kau ucapkan dulu
Adakah kesenangan membuatkan kau lupa segala-galanya ?
Ingat la Sam
Rumah kata pergi, kubur kata mari
Jangan bazirkan masa emas ini untuk benda yang sia-sia
Jangan sampai aku nyayikan lagu Akil Hayy bertajuk ‘selimut putih’ dekat telinga kau pulak
Aku rasa cukup la saja luahan hati aku ni
Yang selebihnya ‘Lu pikir la sendiri’

0 comments: