Denial versi aKu!

Aku dan Sam sudah lama kenal
Sejak dari sekolah rendah lagi
Aku sudah masak dengan perangai dia
Entah kenapa hal ini, Sam seolah-oleh bukan Sam aku kenali dulu
Kenapa perlu dia berselindung dengan aku?
Adalah dia menganggap aku sebagai seorang teman sekadar teman?
Tolong la…selama ni kita ibarat adik beradik
Tak salah kalau kau mahu kahwin dengan anak dara umur 18 tahun sekali pun
Tidak salah
Tak ada hukum di dunia ni mengatakan salah !
(kecuali la budak tu tak baligh lagi..hahaha !)
Sambung balik…
Kalau itu yang boleh membuat kau bahagia, aku akan sokong kau
Kalau kau mahu aku pergi meminang perempuan itu pun aku sanggup
Mana tau ada jodoh aku sekali kat situ…boleh kita jadi sedara..hahaha
Yang paling penting sekali
Anak-anak kau
Jangan la kau abaikan mereka
Sesungguhnya kebahagiaan kau adalah bahagia untuk mereka
Walaupun aku tak ada anak selainkan anak tekak, aku selalu menganggap mereka seperti anak kandung aku sendiri
Kesedihan diorang turut aku rasakan
Sejak ketiadaan ibu diorang yang juga isteri kau
Akulah tempat mereka mengadu
Kau ke mana?
Berpoya-poya dengan perempuan
Tergedik sana tergedik sini
Naik semua bulu-bulu yang aku ada melihat kau
Cis! Aku yang kacak ni pun tiada yang sudi
Inikan pula muka tak kacak macam kau
Kalau kau pakai ilmu, turunkan la kat aku sikit
(penuh dengan rasa cemburu…hahaha!)
Aku ingat lagi kata-kata kau semasa kita muda remaja dulu
‘jika aku berkeluarga nanti…akan ku beri kebahagiaan kepada mereka supaya tidak menerima nasib seperti aku’
Mana kata-kata yang kau ucapkan dulu
Adakah kesenangan membuatkan kau lupa segala-galanya ?
Ingat la Sam
Rumah kata pergi, kubur kata mari
Jangan bazirkan masa emas ini untuk benda yang sia-sia
Jangan sampai aku nyayikan lagu Akil Hayy bertajuk ‘selimut putih’ dekat telinga kau pulak
Aku rasa cukup la saja luahan hati aku ni
Yang selebihnya ‘Lu pikir la sendiri’

Denial... (my asgmnt)

Aku bukan in denial tapi memang in denial. huahuahua!


Statement ni, saja aku buat sebab ada segelintir orang yang aku kenal memang selalu in denial. Kalau dah salah tu, salah sahajalah. Kalau dah bercinta, kata sahajalah. Tak kiralah usia sudah hampir tengah malam pun. Kau bukan kacau orang, lebih lagi kau memang upaya untuk mempunyai teman hidup, so be it! Teruskan perjuangan kau tu. Ini tidak, masih in denial, kononnya cuma kawan. Podahhh!


Kawanlah sangat! Habis tu, yang nampak terang benderang, bertuwing dan berpegang tangan sambil tersengih macam kera di hutan tu, pehal pulak! Pastu pulak, anak kau sendiri nampak dengan mata dia yang kau berdua berpegang tangan menghala ke panggung wayang. Pehal menonton wayang tengah malam buta, kalahkan orang muda!


Kau jangan bimbang, bukan aku nak perli kau tapi aku cuma nak bagi tau, tidak perlu sorok perkara begini. Sedarlah sikit yang kau tu dah tua, so terus terang sahajalah dengan anak-anak kau. Anak-anak kau selalu mengadu pada aku! Bukan mereka marah pun, tapi mereka rasa malu sikit sebab kau buat gitu. Memang tak salah sebab kau pun memang boleh untuk berkahwin.



Si Len, kerap kali datang pada aku sambil menceritakan hal kau. Tapi aku ni bukan sesiapa pun hendak beri nasihat. Aku cuma mampu menjadi seorang pendengar yang setia dengan pandangan setia terhadap juraian air matanya yang tak habis-habis mengalir. Si Mud pun ada juga singgah beberapa kali dan keadaan ini akan merungsingkan diri aku yang sentiasa memikirkan kebahagian orang lain.


Hari ini juga kalau boleh, kau berterus-teranglah dengan mereka. Jangan kau buat hal lagi. Mereka pun bukan marah kalau kau ada pasangan hidup. Malah mereka memang mahukan itu! Mereka cuma kasihan melihat kau yang terumbang-ambing hidup sendirian.


Aku harap jangan menidakkan perkara ini lagi. Semuga kau bahagia, sahabatku, Sam!

Gaga Ulala~

uhuhuh...today kene bkk balik blog ni..
da lame x bkk ouh..lehih 1 stgh thn..(lame kot!)
pasal asgmnt punya pasal kene strt mengarang blk..
wahh..so excited lorh..lame da xmengarang ni..
tp pandai ke nak karang-karang story ni..??
idea...idea...tolong datang...inspirasi..???
nak g toilet dl la...hahahahhahha~